Blogger news

SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA

     Sekolah mula dibina pada tahun 2002 oleh EAST DESIGN ASSOCIATES SDN. BHD. secara rundingan terus dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

     Penyerahan pemaju kepada kementerian pada 14 April 2004 dan diberikan 24 bulan tempoh tanggungan kecatatan.

     Pada Julai 2004 kelas mula dibuka sebanyak 8 kelas dengan 16 orang guru di bawah Guru Penyelaras En Mohd Bahar B Mat. jumlah muridnya 260 orang, (tahun 1 - tahun 4)

     Pada 16 Desember 2004, Guru Besar memulakan tugasnya iaitu Pn Badariah bt Awang yang bertukar dari SK Seri Tasek 

     Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara menunjukkan peningkatan pertambahanmurid pada 2005 dengan murid tahun 1 - tahun 5 sebanyak 528 orang, 50 orang murid prasekolah dan 10 orang pendidikan khas

     Pada sesi persekolahan 2006 bilangan murid dan kelas terus bertambah dan menunjukkan peningkatan kemajuan yang baik

     Tahun 2006 adalah tahun pertama untuk murid sekolah ini menghadapi peperiksaan UPSR